IFB Brunei

NEWS

MAJLIS PELANCARAN PAMERAN KEWANGAN ISLAM AUTORITI MONETARI BRUNEI DARUSSALAM (AMBD)

Source : AMBD News
02 Aug, 2017
598 views

1. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-
Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Pengerusi
Lembaga Pengarah Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) telah berkenan melancarkan
Pameran Kewangan Islam AMBD di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club pada hari ini, 8 Zulkaedah 1438 bersamaan dengan 2 Ogos 2017.

2. Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan merasmikan laman web Kewangan Islam Negara
Brunei Darussalam atau Brunei Darussalam Islamic Finance (www.bdif.com.bn), dan aplikasi
mudah alih semasa majlis perasmian tersebut. Laman web dan aplikasi mudah alih ini adalah
satu pusat maklumat yang boleh digunakan oleh orang ramai, khususnya bagi mereka yang
ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai dengan industri kewangan Islam di Negara
Brunei Darussalam. Antara maklumat yang boleh didapati dalam laman web dan aplikasi mudah
alih ini adalah perundangan, kertas-kertas kerja, acara-acara termasuk kursus-kursus, data
pasaran kewangan Islam Negara Brunei Darussalam.

3. Pameran Kewangan Islam AMBD ini bertujuan untuk mempamerkan pencapaian-
pencapaian kewangan Islam di Negara Brunei Darussalam, dan untuk memupuk kesedaran
mengenai aktiviti-aktiviti kewangan Islam di Negara Brunei Darussalam. Pameran ini juga
mengetengahkan usaha-usaha Negara Brunei Darussalam dalam aspirasinya untuk menjadi
pusat kewangan Islam antarabangsa, seperti yang dinyatakan dalam Financial Sector Blueprint
(2015-2025) Negara Brunei Darussalam, satu dokumen yang telah menetapkan strategi-strategi
yang akan menaiktarafkan reputasi dan kualiti sektor kewangan di Negara Brunei Darussalam .

4. Turut serta dalam pameran tersebut adalah beberapa institusi kewangan Islam
tempatan, termasuk Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan Takaful Brunei
Keluarga (TBK). Institusi-institusi pengajian tinggi juga turut serta, seperti Universiti Brunei
Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Universiti Teknologi Brunei.
Selain dari itu, pameran tersebut juga disertai oleh Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan
Ghanim International Corporation.

5. Acara dua hari ini diadakan bersamaan dengan acara Brunei Darussalam Islamic
Investment Summit (BIIS) 2017 yang dianjurkan oleh Pusat Perbankan Islam, Kewangan dan
Pengurusan (CIBFM), dan adalah dibukakan kepada orang ramai dari jam 9 pagi hingga 5
petang.

6. Orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kewangan Islam
Negara Brunei Darussalam bolehlah melayari laman web http://www.bdif.com.bn atau memuat
turun aplikasi mudah alih menerusi Google Play atau Apple App Store.

More Press Release News

Successful Issuances of Brunei Darussalam Government Short-Term Sukuk Al-Ijarah Securities 177th Series

09 Jan,2020

Detail

Successful Issuances of Brunei Darussalam Government Short-Term Sukuk Al-Ijarah Securities 161st Series

06 Sep,2018

Detail