IFB Brunei
<

NEWS

MAJLIS PELANCARAN PAMERAN KEWANGAN ISLAM AUTORITI MONETARI BRUNEI DARUSSALAM (AMBD)

Source : AMBD News
02 Aug, 2017
639 views

1. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al- Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) telah berkenan melancarkan Pameran Kewangan Islam AMBD di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club pada hari ini, 8 Zulkaedah 1438 bersamaan dengan 2 Ogos 2017. 2. Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan merasmikan laman web Kewangan Islam Negara Brunei Darussalam atau Brunei Darussalam Islamic Finance (www.bdif.com.bn), dan aplikasi mudah alih semasa majlis perasmian tersebut. Laman web dan aplikasi mudah alih ini adalah satu pusat maklumat yang boleh digunakan oleh orang ramai, khususnya bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai dengan industri kewangan Islam di Negara Brunei Darussalam. Antara maklumat yang boleh didapati dalam laman web dan aplikasi mudah alih ini adalah perundangan, kertas-kertas kerja, acara-acara termasuk kursus-kursus, data pasaran kewangan Islam Negara Brunei Darussalam. 3. Pameran Kewangan Islam AMBD ini bertujuan untuk mempamerkan pencapaian- pencapaian kewangan Islam di Negara Brunei Darussalam, dan untuk memupuk kesedaran mengenai aktiviti-aktiviti kewangan Islam di Negara Brunei Darussalam. Pameran ini juga mengetengahkan usaha-usaha Negara Brunei Darussalam dalam aspirasinya untuk menjadi pusat kewangan Islam antarabangsa, seperti yang dinyatakan dalam Financial Sector Blueprint (2015-2025) Negara Brunei Darussalam, satu dokumen yang telah menetapkan strategi-strategi yang akan menaiktarafkan reputasi dan kualiti sektor kewangan di Negara Brunei Darussalam . 4. Turut serta dalam pameran tersebut adalah beberapa institusi kewangan Islam tempatan, termasuk Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan Takaful Brunei Keluarga (TBK). Institusi-institusi pengajian tinggi juga turut serta, seperti Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Universiti Teknologi Brunei. Selain dari itu, pameran tersebut juga disertai oleh Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan Ghanim International Corporation. 5. Acara dua hari ini diadakan bersamaan dengan acara Brunei Darussalam Islamic Investment Summit (BIIS) 2017 yang dianjurkan oleh Pusat Perbankan Islam, Kewangan dan Pengurusan (CIBFM), dan adalah dibukakan kepada orang ramai dari jam 9 pagi hingga 5 petang. 6. Orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kewangan Islam Negara Brunei Darussalam bolehlah melayari laman web http://www.bdif.com.bn atau memuat turun aplikasi mudah alih menerusi Google Play atau Apple App Store.

OTHER Press Release NEWS

Successful Issuance of BDCB Islamic Bills 56th Series

30 Dec,2021

Detail

Successful Issuance of AMBD Islamic Bills 29th Series

17 Jun,2021

Detail